Cara Bina Reputasi Baik di Tempat Kerja - Part 3: Sikap Lebih Kuat Daripada Bakat

Yuslina Ghazali
Bakat boleh menarik perhatian, tetapi sikap menentukan sejauh mana seseorang boleh bertahan. Di tempat kerja, ramai yang bijak dan berkemahiran tinggi, tetapi tidak semua mampu menjaga adab dan emosi.
Reputasi mudah tercalar apabila kita gagal mengawal sikap, cepat melenting, suka merungut, atau terlalu emosional di hadapan orang lain. Pejabat bukan tempat untuk meluahkan segala perasaan tanpa tapisan.
Orang yang matang tahu bila perlu bercakap dan bila perlu diam. Mereka faham bahawa tidak semua perkara perlu dijadikan isu, dan tidak semua ketidakpuasan hati perlu diumumkan.
Sikap profesional inilah yang membuatkan orang selesa bekerjasama dan yakin untuk mempercayai kita dengan tanggungjawab yang lebih besar.
Similar Readings…
2025

Enter your first comment!