Tekanan Senyap di Pejabat #2 — Bila Usaha Tidak Selalu Dipandang

Photo of Yuslina Ghazali
Yuslina Ghazali

Share:
Copy Link:

Dalam dunia pejabat, tidak semua kerja keras akan kelihatan. Ada usaha yang dibuat dalam diam, tanpa sorakan, tanpa pengiktirafan. Kita lakukan kerana amanah, bukan kerana pujian, namun tetap ada satu sudut hati yang mengharap untuk dihargai.

Tekanan mula terasa apabila usaha kita seolah-olah menjadi kebiasaan. Apa yang kita buat dianggap tanggungjawab semata-mata. Apabila semuanya berjalan lancar, tiada siapa bertanya siapa yang melaksanakannya. Tetapi bila ada kesilapan kecil, perhatian mudah tertumpu kepada kita.

Di saat itu, kita mula mempersoalkan diri sendiri. Adakah usaha ini cukup? Atau kita sekadar melengkapkan keperluan, tanpa pernah benar-benar dilihat? Soalan-soalan ini tidak diluahkan, hanya disimpan dalam hati.

Walaupun begitu, kita tetap datang bekerja setiap hari. Menyiapkan tugasan sebaik mungkin, menjaga kualiti kerja, dan memastikan amanah ditunaikan. Bukan kerana kita tidak terasa, tetapi kerana kita memilih untuk terus bertahan.

Tekanan senyap ini mengajar kita tentang keikhlasan dan ketahanan diri. Bahawa tidak semua perkara perlu disahkan oleh orang lain untuk mempunyai nilai.

 

Similar Readings…