Tekanan Senyap di Pejabat #3 — Bila Terpaksa Berpura-pura Kuat

Photo of Yuslina Ghazali
Yuslina Ghazali

Share:
Copy Link:

 


Tidak semua hari kita datang bekerja dengan semangat yang sama. Ada hari kita datang dengan hati yang berat, fikiran yang kusut, dan emosi yang belum pulih. Namun kita tetap memilih untuk kelihatan tenang.

Berpura-pura kuat bukan bermaksud kita menipu perasaan sendiri. Ia adalah satu cara bertahan. Kita simpan masalah peribadi, kita asingkan emosi, dan kita teruskan kerja kerana tanggungjawab tidak boleh ditangguhkan.

Ada masa kita ingin bersuara, ingin meluahkan rasa, tetapi kita tahu tidak semua ruang selamat untuk berkongsi. Maka kita diam, bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana terlalu banyak yang perlu dijaga.

Dalam diam itu, kita belajar berdiri sendiri. Belajar menenangkan hati, memujuk diri, dan mencari kekuatan dari dalam. Walaupun penat, kita tetap bertahan kerana kita tahu, hidup ini perlu diteruskan.

Similar Readings…