Bos jenis ini biasanya pandai bercakap, petah dalam mesyuarat, dan yakin setiap arahan yang keluar dari mulut dia itu “simple je sebenarnya”. Masalahnya, dia tak pernah betul-betul melihat proses kerja di bawah. Dia nampak hasil, tapi tak nampak jalan berliku yang staf kena lalui untuk sampai ke situ.
Setiap kali ada isu, ayat kegemaran dia ialah:
“Kenapa tak boleh siap?”
“Benda ni senang je kan?”
“Atas boleh buat, kenapa bawah tak boleh?”
Untuk survive, kita kena jadi staf yang terancang dan berfakta. Belajar susun kerja ikut keutamaan, sediakan garis masa yang realistik, dan sentiasa simpan rekod. Bukan sebab kita nak cari salah, tapi sebab pengalaman mengajar bila sesuatu gagal, soalan pertama akan jatuh pada orang yang buat kerja, bukan orang yang bagi arahan.
Paling penting, jangan pendam. Belajar bersuara dengan cara profesional. Terangkan situasi sebenar tanpa emosi. Kadang-kadang bos bukan sengaja menekan, cuma dia terlalu jauh dari realiti. Tapi kalau kita diam, tekanan itu akan terus turun tanpa henti.
Cara Survive Bos Jenis Tertentu - Part 1: Bos Yang Suka Arah, Tapi Tak Pernah Turun Padang
kERjAYa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment